PELAN STRATEGIK KELAS PEMULIHAN KHAS
SK.KIBABAIG PENAMPANG 2013
PENGENALAN
Penguasaan 3M adalah titik tolak kepada kejayaan pembelajaran seseorang murid atau Murid yang menghadapi kesulitan pembelajaran khususnya dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira perlu menjalani program secara khusus dan berterusan.
RASIONAL
Program peningkatan penguasaan 3M disediakan untuk membantu murid menguasai beberapa kemahiran asas 3M yang belum dapat dikuasai. Strategi membimbing murid perlu bermula pada peringkat awal iaitu semasa murid – murid ini berada di tahap 1. Tanpa usaha –usaha pemulihan pada peringkat awal,mereka akan mengalami defisit dalam pembelajaran hingga ke tahap dua dan berterusan hingga ke sekolah menengah.
OBJEKTIF
Setelah mengikuti program ini pada tempoh masa yang ditetapkan, adalah diharapkan:
1. Murid dapat menguasai kemahiran 3M.
2. Lebih ramai murid dapat dipulihkan dan kembali ke kelas biasa.(kelas Perdana )
3. Murid berupaya bersaing dengan rakan-rakan dan mempunyai keyakinan untuk terus berusaha dalam bidang pelajaran.
Bil
|
Strategik
|
Taktik
|
01
|
MESYUARAT JAWATAN KUASA KELAS
PEMULIHAN
Tujuan :
i. Membincangkan perlaksanaan program
ii. Mewujudkan pasukan guru yang bertanggungjawab dan berdedikasi kepada permasalahan pembelajaran murid
iii. Mengadakan perbincangan dan strategi mengatasi pengajaran dan pembelajaran di kelas pemulihan khas dan kelas-kelas biasa.
Penglibatan :
Semua guru AJK Kelas Pemulihan Khas
dan pentadbir sekolah
Cadangan tempat :
Bilik mesyuarat / kelas pemulihan khas
Kandungan program :
i. Merangka dan melaksana program
ii. Menganalisis masalah pengajaran dan pembelajaran
iii. Strategi mengatasi masalah guru dan murid
Kos : Sekolah
Tenaga / kaki tangan : AJK kelas pemulihan khas
|
Minggu ke 2
Mac,Mei dan September
|
02
|
MOTIVASI / SESI PERJUMPAAN DENGAN IBU BAPA MURID YANG BELUM MENGUASAI 3M
Tujuan :
i. Memberi kesedaran kepada ibu bapa
tentang kelemahan prestasi akademik
anak- anak mereka.
ii. Membincangkan langkah-langkah
meningkatkan tahap penguasaan 3M
anak masing-masing.
Penglibatan :
Semua ibu bapa murid Tahun 1 hingga
5 yang belum menguasai 3M
Cadangan tempat :
Bilik Gerakan / kelas pemulihan khas
Kandungan program :
i. Membincangkan langkah menangani
Masalah pembelajaran anak masing-masing.
ii. Memberi kesedaran dan galakan kepada ibu bapa membantu anak masing-masing menguasai 3M.
iii. Memastikan ibu bapa tahu tahap pencapaian anak mereka dalam bidang pelajaran.
iv. Membantu ibu bapa membimbing anak masing-masing dengan latihan lembaran kerja dan kad-kad bacaan.
Kos :
Jamuan ringan/ cenderahati Penceramah
Tenaga / kaki tangan : Guru pemulihan khas dan
AJK kelas pemulihan khas
|
Minggu ke 3 Mac/ mei
|
03
|
PERTANDINGAN BAHASA DAN MATEMATIK
Tujuan :
Menimbulkan rangsangan dan minat serta keseronokan belajar sambil bermain.
Penglibatan :
Semua murid pemulihan Tahun 2 hingga 5
Cadangan tempat :
Kelas pemulihan khas / Dewan Reflesia
Kandungan program :
i. Mengadakan pertandingan teka silangkata mengikut tahap kebolehan murid.
ii. Mengadakan pertandingan ‘ dart’
iii. Pertandingan ‘dam ular’
Kos :
Hadiah kumpulan & individu – RM 60.00
Tenaga / kaki tangan :
Guru & AJK Pemulihan khas
PEMANTAUAN
Tujuan :
i. Memberi bimbingan dalam aspek
P& P.
ii. Mengenal pasti masalah guru dan murid pemulihan khas.
Penglibatan :
Guru Besar dan PK 1
Cadangan tempat :
Kelas pemulihan khas
Kandungan program :
i. Pemantauan berfokus kepada teknik dan langkah pengajaran guru.
ii. Punca masalah guru dan murid dapat dikenal pasti.
Kos :
Tenaga / kaki tangan :
Guru Besar dan PK 1.
|
Februari, Mei dan Oktober
|
04
|
PENILAIAN
Tujuan :
i. Mengesan daerah kelemahan penguasaan murid.
ii. Penilaian yang dijalankan ialah :
Ø Saringan IPP3M 1/2/3
Ø Ujian Diagnostik
Ø Ujian Prestasi
Saringan Linus( mengikut ketetapan Daerah )
Penglibatan :
Guru Pemulihan Khas
Cadangan tempat :
Kelas pemulihan khas
Kandungan program :
i. Menjalankan saringan.
ii. Menjalankan ujian Diagnostik
iii. Menjalankan ujian prestasi serta saringan linus bagi mengenal pasti tahap pencapaian murid.
Kos :
Sekolah
Tenaga / kaki tangan :
Guru Pemulihan khas
|
Mac .Jun dan Oktober
|
05
|
PROJEK KECERIAAN KELAS
Tujuan :
i. Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif
ii. Menarik minat murid terhadap pelajaran
Penglibatan :
Guru Pemulihan Khas dan Ajk Pemulihan Khas
Cadangan tempat :
Di dalam dan di luar kelas pemulihan khas
Kandungan program :
i. Menambah dan membaik pulih BBM yang sedia ada
ii. Membina kiosk
Kos :
Tenaga / kaki tangan :
Guru Pemulihan Khas dan Ajk Pemulihan Khas
|
Januari, April, Oktober
|
06
|
MAJLIS PENGHARGAAN DAN KECEMERLANGAN MURID PEMULIHAN KHAS
Tujuan :
i. Memberi perangsang,minat dan semangat kepada murid yang telah berjaya untuk terus cemerlang dalam bidang pelajaran
ii. Memberi dorongan kepada murid-murid lain untuk belajar bersungguh-sungguh.
|
Mac,Jun, Oktober
|
PENUTUP:
Program peningkatan Penguasaan 3M diharapkan dapat membantu mengurangkan bilangan murid yang masih belum menguasai asas 3M di sekolah ini. Kejayaan program ini insyaAllah akan mudah dicapai jika mendapat sokongan dan kerjasama erat dari berbagai pihak khususnya para ibu bapa, guru-guru dan pentadbir sekolah. Semoga setiap aktiviti yang dirancang akan dapat berjalan dengan baik demi masa depan anak didik kita.Harapan juga dengan adanya usaha yang gigih guru pemulihan dapatlah membantu murid yang keciciran dalam 3M dan mensifarkan linus, terutamanya di sekolah ini.
Disediakan oleh : Disahkan oleh:
………………….. ……………………
( Pn.Junaidah Bte Mohd Basri )
Penyelaras Program Pemulihan Khas.
SK.Kibabaig Penampang.
SK.KIBABAIG PENAMPANG
PETI SURAT 664
89507 PENAMPANG.
______________________________________________________________________________________________________
TAKWIM PEMULIHAN KHAS 2014
SK.KIBABAIG PENAMPANG.
No comments:
Post a Comment